Written By qamar on Friday, January 2, 2009 | 1:37 AM
Terasa lama diri menyepi.... setelah aku tamatkan sesi praktikum aku di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Pulau Pinang yang bagiku terlalu berjasa pada seorang pelajar sepertiku. setelah berhempas -pulas untuk menyiapkan laporan praktikum kini aku kembali semula ke Pulau Pinang untuk meneruskan pengembaraan aku. Inilah masanya untuk aku mengorak langkah di dalam mencorakkan masa depanku. Aku tidak boleh mendidik diri ini sebagai seorang yang terlalu selesa dalam segenap perkara, kerna setiap kesenangan bermula daripada keperitan yang menanti di hadapan mata.
Bukan suatu perkara muda bagi seorang Graduan yang bakal memiliki segulung Ijazah untuk berkelana di alam pekerjaan. halangan dan cabaran menanti disegenap penjuru. apa yang pasti, segala ilmu didada takkan sama dengan realiti hidup yang bakal ditempuh. jangan kita angkuh pada apa yang kita ada, tapi rendahkanlah diri pada apa yang anda tidak tahu. Gelaran sebagai mahasiswa bukanlah tiket yang boleh menjamin kecemerlangan kita di alam kerjaya, kerna kita semua masih lagi mentah.... terlalu mentah untuk berhadapan dengan semua ini. caci, maki, kritikan dan sindiran akan sentiasa berkumandang disegenap penjuru.
Selama aku merantau di Negeri ini, telah banyak pengalaman yang aku lalui, namun sokongan yang aku terima juga tidak kurang bisanya. namun apa yang pasti kini aku sedang merancang untuk masa hadapanku, insyALLAH ada reski aku nak berniaga dengan rakan2 yang aku kenali disini.... yang pastinya mereka tidak pernah memandang aku sebagai kawan sepanjang kehadiran ku, tapi mereka memandang dan menganggapku sebagai saudara... itu yang membuatkan aku benar-benar terharu................
Written By qamar on Thursday, October 9, 2008 | 6:26 AM
warggghhhhhh!!!.... mengantuknya.....
di dalam meniti kebosanan setelah selesai menghabiskan pelajaran diperingkat Universiti merupakan suatu cabaran....... kekadang aku terasa masa terlalu pantas berlalu, dan meninggalkan aku jauh kebelakang.... sehingga ada kalanya aku terlalai di buai keseronokan bergelar mahasiswa universiti.....
berbalik kepada sejarah hidupku yang telah lama aku tinggalkan, sudah terlalu banyak matlamat yang telah aku tetapkan di dalam hidupku selama ini. adakalanya matlamat tersebut terlalu sukar dan tidak realistik dengan kemampuanku. maklumla, kalau tengok orang lain berjaya, takkan kita pun tak nak berjaya seperti orang lain. memang mudah untuk melafaskan sesuatu berbanding usaha dan kemampuan kudrat untuk menggapainya.
aku teringat kembali bagaimana aku terpaksa melalui detik-detik sukar sepanjang perjalanan ku menuju ke menara gading. dan yang pasti, sedikit kejayaan yang aku kecapi ketika ini menjadi pengubat kepada segala keperitan tersebut. Aku mengakhiri pelajaran ku diperingkat menengah rendah dengan keputusan yang tidak seberapa. lalai dan lambat untuk berubah menjadi punca kepada pencapaian hambarku. dengan keputusan 1B, 2C dan 5D di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) aku tekad meneruskan pelajaran meskipun aku nekad untuk berhenti sekolah akibat daripada tekanan perasaan yang aku alami.
namun berkat semangat yang aku perolehi dari nenek yang selama ini banyak mendidik diri ini, aku tekat untuk terus belajar setakat mana diri terdaya. aku menggunakan sepenuhnya cuti selama sebulan lebih untuk menenangkan fikiran di kampung nenek (Tawau). bukan mudah untuk mendapat kebenaran balik ke kampung. aku cuma berpeluang melawat nenek 2 tahun sekali, mana taknya ibu tiriku selalu melarang aku balik dengan alasan tiada duit tambang.... biasala, mak tiri.... muka cantik tapi hati busuk..
hemmmmm!!! nanti lagi la aku sambung.... nak cari bahan sikit dekat internet ni.....kalau nak menulis pun kena beri penumpuan dan jangan menulis dalam keadaan tertekan...
Written By qamar on Monday, October 6, 2008 | 2:19 AM
Fuhhhh!!!! terasa bosan bila praktikel selama empat bulan telah berjaya aku tempuhi. segala kebosanan setelah aku meninggalkan menara gading dan diubati dengan keceriaan sepanjang praktikum kini kembali lagi. Bangun pagi saja aku dah terlajak.... biasala bujang. aku cuma perasa bila aku bangun pagi aku lihat hand phone, tak perasa pula ada staff JASA tanya sama ada aku datang pejabat hari ini atau tak. maklumla aku kan baru habis praktikum jadi sudah tentula ada orang yang rindu.Tapi sayangnya yang bertanya tu JANTAN, tu yang tak best....
ketika jari jemari aku sedang rancak menaip setiap patah perkataan, aku ketika ini sedang lepak di restoran mamak dekat Quens Bay, aku tak sangka pula dekat restoran ini ada wireles. Bagi aku, kalau ruang untuk aku mencontengkan sedikit nukilan terbuka luas buat apa lagi nak dilengah-lengahkan.... lantak la, pesan nescafe segelas kemudian lepak berjam-jam untuk layari enternet.
bila teringat kembali masa silam ku yang penuh dengan sejarah hitam dan keperitannya, terasa terlalu pantas masa berlalu merentasi ruang waktu yang selama ini tidak pernah ku sedari. segala impian yang ingin ku capai kini hampir 50peratus telah ku kecapi. siapa sangka orang nakal dan lembab macam aku boleh berdiri dan belajar bersama dengan ribuan pelajar-pelajar cerdik pandai dari seluruh MALAYSIA. macam suatu mimpi, tapi itulah realiti dan hakikat yang sepatutnya untuk aku Syukuri. kekadang bila aku fikir sedalamnya, aku memang tidak layak untuk berada di menara gading yang merupakan syurga bagi segala ilmu di dunia. mana tak nya, UPSR aku hanya sekadar 2B 3C, PMR aku pula 1B 2C dan 5D dan merupakan sejarah gelap aku. tapi dari sejarah hitam itu aku bangun semula dengan berbekalkan sedikit semangat dan kesedaran, walaupun agak terlambat.
ya... memang terlambat bagiku untuk sedar, kerna PMR akan tiba beberapa bulan sahaja lagi dari hari aku mula sedar akan hakikat kenakalan diriku. Ramai sahabat-sahabat aku bertanya, apa punca aku sedar dan bangkit daripada zaman gelap aku sehingga aku berjaya membebaskan diri aku daripada amaran ke tiga (masalah disiplin dan merupakan perjanjian terakhir sebelum di buang sekolah) dan tidak lagi dibebani oleh masalah disiplin yang membelenggu aku sepanjang aku berada di menengah rendah. Bagaimana aku membebaskan diri aku?.. Bagaimana aku boleh sedar?.. dan bagaimana aku boleh mengubah sikap malasku?.. jawapnya mudah, aku sedar hasil jasa dan usaha guruku. siapakah cikgu tersebut.....
namanya cikgu Ramin Kundamor. seorang guru dari pedalam yang berbangsa dusun dan memiliki sejarah hidup yang perit. cikgu Ramin sering menjadi kutukan dan kritikan di kalangan pelajar-pelajar SMK Keningau hanya kerna bahasa dan pertuturan beliau yang terlalu pekat dan sukar untuk difahami. adakalanya, ketika beliau mengajar, pelajar lain asyik gelakkan beliau bukan kerana lawak jenaka, tapi kerana bahasa beliau, dan yang pastinya aku adalah salah seorang daripada pelajar yang mengejek ketika beliau sedang mengajar..... tapi kawan-kawan aku hairan, mengapa guru yang diibaratkan sebagai badut di kalangan pelajar boleh menimbulkan kesedaranku.. pelik bukan!
segalanya bermula ketika Cikgu Ramin tersasul, akupun tak berapa ingat apa yang dicakap waktu tu sehingga seluruh pelajar dalam kelas kami gelak kuat dekat beliau. masa tu baru aku sedar yang beliau sudah tidak terdaya mengawal kesabaran beliau.....
"Ketawa.....ketawa saja kamurang semua.... ketawa... beginila perangai orang Bodoh!!!...."
masa tu, aku mula tersentak bila mendengar perkataan BODOH.. rasa lucu yang sebelum ini membuat aku dan rakan-rakan aku ketawa hilang hanya kerana perkataan BODOH yang beliau laungkan.selepas meluahkan perkataan itu, telah wujud sedikit kesedaran di dalam diriku. kesedaran ini bertambah lagi bila beliau menceritakan pengalaman perit berliau semasa beliau melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sehingga beliau berjaya menjadi seorang guru.
"Kamu semua ketawa....bila cikgu mengajar kamu ketawa, bila cikgu marah kamu melawan, bila cikgu bagi nasihat kamu ndak mou dengar.... kamurang mou jadi apa semua!!!!! bagus kamurang (kamu) ndak payah belajar, berhenti sekolah saja..."
"kamu ndak sedar ka.... kamu ni dikelas yang paling tercorot... kelas nombor lapan (progresif) daripada daripada 9 kelas.... kamu ndak sedar... sudahla bodoh, malas pula mou belajar... bikin habis mamak bapak punya duit".
"bukan ada guna kamurang sekolah, bikin habis duit bapak (bapa) dan mamak (ibu) kamurang... kamu ndak pikir ka, susah senang mamak dan bapak kamurang cari duit bagi kamurang belanjar pergi sekolah..."
......dalam hati ku (arghhhhhh!!! mula sudah dia mengomel..... ndak tau bila mou habis)
"kamu ndak pikir ka... ndak kesian tinguk orang tua kamu susah payah jual sigup (rokok daun) di pasar... satu hari bulih dapat berapa haaa!!!!... kamu ndak pikir ka tu... dorang harap kamu jadi manusia tapi kamu pergi sekolah ndak mou belajar betul-betul..."
tidak lama kemudian... pintu kesedaran mula terdetik di lubuk hatiku yang goyah selama ini bila beliau menceritakan keperitan belaiu sepanjang bersekolah dahulu.
"kamurang sekarang senang, pergi sekolah naik bas.... saya dulu pergi sekolah jalan kaki 3 batu (3km) dari rumah.. kasut sekolah saya cuma boleh tahan 1 bulan sebab tapaknya kering....."
"lepas pulang dari sekolah saya jalan kaki terus pergi perpustakaan, masa tu mamak saya ndak mampu mou beli buku sekolah... tapi saya ikhtiar sebab saya mou jadi manusia, mou bagi urang (orang) tua saya senang... saya pergi sekolah ndak ada duit belanja, tapi saya ndak kisah.... saya belajar rajin-rajin...."
.................aku mula terasa yang sejarah hidup kami tidak jauh berbeza......
"cikgu ramin terus menerus menceritakan pengalaman perit beliau sepanjang belajar sehingga berjaya menjadi seorang guru...."
"..... dulu masa sekolah saya suka subjek SEJARAH.. setiap kali exam saya mou skor..... sampai cikgu saya selalu puji saya....cita-cita saya mou jadi cikgu sejarah sebab itu saya beri tumpuan lebih kepada subjek sejarah.
setiap kali peperiksaan saya dapat A sampai saya layak masuk universiti.... urang tua saya gembira, sebab walaupun kami urang susah tapi saya boleh berjaya...."
"kamu sekarang senang.... kamu urang-urang kaya, mamak dengan bapak kamurang banyak duit, banyak tanah boleh di jual....jadi ndak payah susah-susah mou belajar, nanti boleh bantu urang tua menanam padi di tabasan (bendang)......"
"........kamu terus la macam ni... kalau kamu mou jadi manusia ndak guna satu sen pun (tidak guna walaupun satu sen).. nanti kalau kamu sudah tamat sekolah dan ada anak baru kamu tau macam mana peritnya hidup...."
".......saya belajar betul-betul sebab saya mou jadi cikgu... saya mou ajar anak bangsa saya supaya jadi pandai..... tapi ni tidak..... semua ndak mou belajar, buang duit mamak bapak saja kasi (beri) kamu sekolah".
baru aku sedar yang aku sudah jauh menyimpang dari matlamat asal aku belajar di sekolah...... aku telah banyak membazirkan wang hasil titik peluh orang tua aku selama ini.... kenapa aku tidak pandai sedar, aku anak orang miskin bukan orang kaya, aku ada emak tiri... mak tiri yang terlalu kurang ajar bagi aku, mak tiri yang banyak menyiksa aku selama ini.....
aku ndak mau sudah tinggal di sabah.. aku mau lari jauh-jauh.... kalau aku pandai aku boleh pilih belajar di semenanjung... jadi dapatla aku membebaskan diri aku daripada penyiksaan mak tiru aku.... tidak lama selepas itu cikgu Ramin pun menyambung kata-kata beliau.....
"........sudahla... kalau kamurang ndak mou belajar, kamurang duduk diam-diam atau tidur saja.... jangan kacau urang yang mou belajar..... Buka buku SEJARAH kamu.. kita sambung belajar, jangan ikut budak-budak yang ndak mou belajar...."
aku mula terasa...... terasa nak menangis, aku telah lupa pesan nenek ku yang sayangkan aku selama ini... takkan aku sanggup datang jauh-jauh dari Tawau pergi Keningau hanya semata-mata nak jadi orang yang tidak berguna kepada keluarga.... masa itu aku tunduk di meja dan bertafakur sejenak... aku tidak turut serta kawan-kawan aku yang tekun memberi tumpuan kepada pengajaran cikgu Ramin. aku perhatikan ada rakan-rakan aku yang bermain dam, ada pula yang tidur nyenyak.... manakala yang perempuan pula khusyuk mendengar setiap apa yang di sampaikan oleh cikgu Ramin....
balik dari sekolah........
lepas balik dari sekolah.... aku baring dalam bilik aku.... aku renungkan apa yang telah cikgu Ramin katakan semasa di sekolah... dari situ aku bertekat untuk mengubah diri aku... aku telal tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang aku... iaitu untuk mendapatkan A dalam setiap peperiksaan terutama mata pelajaran Sejarah...
Written By qamar on Thursday, September 18, 2008 | 9:24 PM
SALAM PEMBUKA, BICRA BERMULA
Assalamulaikum... semoga kalian semua berada dalam keadaan sehat2 selalu di samping keluarga dan sahabat tercinta hendaknya...SELAMAT BERPUASA JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA rakan2 yang beragama ISLAM... moga ibadah kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati......
KENAPA ADA PERSENGKETAAN ANTARA KITA (K.A.P.A.K)
dibulan yang mulia aku ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang aku pernah sakiti mahupun terkasar bahasa, ketahuila itulah diri aku yang sebenar2nya....... samada selama ini kalian terlalu memuja, mahupun mencerca, tak kurang juga yang suka memuji, inikan pula yang suka memberi pandangan yang bernas dan rasional.... aku mohon ampun dan maaf.....
secara jujurnya,aku berpegang pada satu perinsip selama ini, "LEBIH BAIK ORG MEMANDANG HINA PADA SEGALA KEBURUKAN KITA, BERBANDING ORG MEMUJI SEGALA KEBAIKAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN" kerna dengan hanya satu keburukan, kita akan menerima cacian sehingga ke mati....
aku bukanla seorang yang petah berkata-kata, kerna sifat gugup dan gementar yang ada pada diriku membuatkan aku lebih suka menggunakan pendekatan melalui penulisan di dalam meluahkan segala yang terpendam...... maklumla org semenanjung ni susah skit nak paham bahasa org sabah, kalau lelaki ok ja kalau takat bawa berbual, tapi kalau pmpuan....hampeh, kompom dorg akan garu kepala tanda tak paham.....
sekarang telah hanpir 3 tahun aku menuntut di Menara gading, gedung ilmu yang teramat aku dambakan selama ini, gedung ilmu yang suatu ketika dahulu terlalu sukar untuk org yang lembab macam aku...tapi aku bersyukur, kerna masih diberi peluang olehNYA utk merasai nikmat itu..
sepanjang 3 tahun aku di uum....telah banyak kenangan terindah yang telah aku lalui.... dan pastinya kesemua detik2 pahit, manis dan getir tu aku lalui kesan daripada pergaulan yang terjalin sepanjang aku berada di UUM....
teringin pula rasanya untuk aku mula menulis, dalam suatu diari terindah, yang pastinya membarisi watak2 hero dan heroin yang jauh lebih baik lakonannya berbanding dengan pelakon2 yang ada sekarang... ramai yang cadangkan aku menulis, tapi bagi aku, sesuatu penulisan yang berimpak tinggi kepada pembacanya memerlukan ketenangan penulis....terutama sekali untuk menghayati detik2 terindah yang hendak diceritakan......
pastinya watak utama yang bakal diketengahkan jauh lebih ramai daripada filem2 blockbuster yang ada dipasaran..... mungkin lakonan mereka tak sehebat pelakon2 handalan dunia masa kini, namun dalam suatu adegan penceritaan, mereka tetap watak yang hidup kesan daripada pengalaman dan pengamatan penulis....
gua tetap gua,,,, yang pastinya, setiap sudut dan posisi yang ada kat TNB akan aku nukilkan dalam blog lain yang lebih jauh bertemakan kolej TNB.... InsyALLAH
tapi mungkin kelemahan yg wujud akan membuatkan sesetengah pihak berasa tidak puas hati... tak pa... kelemahan itu memerlukan teguran, tapi teguran hanya akan tinggal ayat basi kalau tidak di ambil tindakan segera...