Home » »

Written By qamar on Thursday, September 18, 2008 | 9:24 PM

SALAM PEMBUKA, BICRA BERMULA


Assalamulaikum...
semoga kalian semua berada dalam keadaan sehat2 selalu di samping keluarga dan sahabat tercinta hendaknya...SELAMAT BERPUASA JUGA SAYA UCAPKAN KEPADA rakan2 yang beragama ISLAM... moga ibadah kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati......


KENAPA ADA PERSENGKETAAN ANTARA KITA (K.A.P.A.K)

dibulan yang mulia aku ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang aku pernah sakiti mahupun terkasar bahasa, ketahuila itulah diri aku yang sebenar2nya....... samada selama ini kalian terlalu memuja, mahupun mencerca, tak kurang juga yang suka memuji, inikan pula yang suka memberi pandangan yang bernas dan rasional.... aku mohon ampun dan maaf.....

secara jujurnya,aku berpegang pada satu perinsip selama ini, "LEBIH BAIK ORG MEMANDANG HINA PADA SEGALA KEBURUKAN KITA, BERBANDING ORG MEMUJI SEGALA KEBAIKAN YANG PERNAH KITA LAKUKAN"
kerna dengan hanya satu keburukan, kita akan menerima cacian sehingga ke mati....

aku bukanla seorang yang petah berkata-kata, kerna sifat gugup dan gementar yang ada pada diriku membuatkan aku lebih suka menggunakan pendekatan melalui penulisan di dalam meluahkan segala yang terpendam...... maklumla org semenanjung ni susah skit nak paham bahasa org sabah, kalau lelaki ok ja kalau takat bawa berbual, tapi kalau pmpuan....hampeh, kompom dorg akan garu kepala tanda tak paham.....

sekarang telah hanpir 3 tahun aku menuntut di Menara gading, gedung ilmu yang teramat aku dambakan selama ini, gedung ilmu yang suatu ketika dahulu terlalu sukar untuk org yang lembab macam aku...tapi aku bersyukur, kerna masih diberi peluang olehNYA utk merasai nikmat itu..

sepanjang 3 tahun aku di uum....telah banyak kenangan terindah yang telah aku lalui.... dan pastinya kesemua detik2 pahit, manis dan getir tu aku lalui kesan daripada pergaulan yang terjalin sepanjang aku berada di UUM.... Rolling Eyes

teringin pula rasanya untuk aku mula menulis, dalam suatu diari terindah, yang pastinya membarisi watak2 hero dan heroin yang jauh lebih baik lakonannya berbanding dengan pelakon2 yang ada sekarang... ramai yang cadangkan aku menulis, tapi bagi aku, sesuatu penulisan yang berimpak tinggi kepada pembacanya memerlukan ketenangan penulis....terutama sekali untuk menghayati detik2 terindah yang hendak diceritakan......

pastinya watak utama yang bakal diketengahkan jauh lebih ramai daripada filem2 blockbuster yang ada dipasaran..... mungkin lakonan mereka tak sehebat pelakon2 handalan dunia masa kini, namun dalam suatu adegan penceritaan, mereka tetap watak yang hidup kesan daripada pengalaman dan pengamatan penulis....

gua tetap gua,,,, yang pastinya, setiap sudut dan posisi yang ada kat TNB akan aku nukilkan dalam blog lain yang lebih jauh bertemakan kolej TNB.... InsyALLAH

tapi mungkin kelemahan yg wujud akan membuatkan sesetengah pihak berasa tidak puas hati... tak pa... kelemahan itu memerlukan teguran, tapi teguran hanya akan tinggal ayat basi kalau tidak di ambil tindakan segera...Embarassed

Dariku

~QaMaR~


Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cerita Qamar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger