Home » » SEJARAH HIDUPku

SEJARAH HIDUPku

Written By qamar on Monday, October 6, 2008 | 2:19 AM

Fuhhhh!!!! terasa bosan bila praktikel selama empat bulan telah berjaya aku tempuhi. segala kebosanan setelah aku meninggalkan menara gading dan diubati dengan keceriaan sepanjang praktikum kini kembali lagi. Bangun pagi saja aku dah terlajak.... biasala bujang. aku cuma perasa bila aku bangun pagi aku lihat hand phone, tak perasa pula ada staff JASA tanya sama ada aku datang pejabat hari ini atau tak. maklumla aku kan baru habis praktikum jadi sudah tentula ada orang yang rindu.Tapi sayangnya yang bertanya tu JANTAN, tu yang tak best....


ketika jari jemari aku sedang rancak menaip setiap patah perkataan, aku ketika ini sedang lepak di restoran mamak dekat Quens Bay, aku tak sangka pula dekat restoran ini ada wireles. Bagi aku, kalau ruang untuk aku mencontengkan sedikit nukilan terbuka luas buat apa lagi nak dilengah-lengahkan.... lantak la, pesan nescafe segelas kemudian lepak berjam-jam untuk layari enternet.

bila teringat kembali masa silam ku yang penuh dengan sejarah hitam dan keperitannya, terasa terlalu pantas masa berlalu merentasi ruang waktu yang selama ini tidak pernah ku sedari. segala impian yang ingin ku capai kini hampir 50peratus telah ku kecapi. siapa sangka orang nakal dan lembab macam aku boleh berdiri dan belajar bersama dengan ribuan pelajar-pelajar cerdik pandai dari seluruh MALAYSIA. macam suatu mimpi, tapi itulah realiti dan hakikat yang sepatutnya untuk aku Syukuri. kekadang bila aku fikir sedalamnya, aku memang tidak layak untuk berada di menara gading yang merupakan syurga bagi segala ilmu di dunia. mana tak nya, UPSR aku hanya sekadar 2B 3C, PMR aku pula 1B 2C dan 5D dan merupakan sejarah gelap aku. tapi dari sejarah hitam itu aku bangun semula dengan berbekalkan sedikit semangat dan kesedaran, walaupun agak terlambat.

ya... memang terlambat bagiku untuk sedar, kerna PMR akan tiba beberapa bulan sahaja lagi dari hari aku mula sedar akan hakikat kenakalan diriku. Ramai sahabat-sahabat aku bertanya, apa punca aku sedar dan bangkit daripada zaman gelap aku sehingga aku berjaya membebaskan diri aku daripada amaran ke tiga (masalah disiplin dan merupakan perjanjian terakhir sebelum di buang sekolah) dan tidak lagi dibebani oleh masalah disiplin yang membelenggu aku sepanjang aku berada di menengah rendah. Bagaimana aku membebaskan diri aku?.. Bagaimana aku boleh sedar?.. dan bagaimana aku boleh mengubah sikap malasku?.. jawapnya mudah, aku sedar hasil jasa dan usaha guruku. siapakah cikgu tersebut.....

namanya cikgu Ramin Kundamor. seorang guru dari pedalam yang berbangsa dusun dan memiliki sejarah hidup yang perit. cikgu Ramin sering menjadi kutukan dan kritikan di kalangan pelajar-pelajar SMK Keningau hanya kerna bahasa dan pertuturan beliau yang terlalu pekat dan sukar untuk difahami. adakalanya, ketika beliau mengajar, pelajar lain asyik gelakkan beliau bukan kerana lawak jenaka, tapi kerana bahasa beliau, dan yang pastinya aku adalah salah seorang daripada pelajar yang mengejek ketika beliau sedang mengajar..... tapi kawan-kawan aku hairan, mengapa guru yang diibaratkan sebagai badut di kalangan pelajar boleh menimbulkan kesedaranku.. pelik bukan!

segalanya bermula ketika Cikgu Ramin tersasul, akupun tak berapa ingat apa yang dicakap waktu tu sehingga seluruh pelajar dalam kelas kami gelak kuat dekat beliau. masa tu baru aku sedar yang beliau sudah tidak terdaya mengawal kesabaran beliau.....

"Ketawa.....ketawa saja kamurang semua.... ketawa... beginila perangai orang Bodoh!!!...."

masa tu, aku mula tersentak bila mendengar perkataan BODOH.. rasa lucu yang sebelum ini membuat aku dan rakan-rakan aku ketawa hilang hanya kerana perkataan BODOH yang beliau laungkan.selepas meluahkan perkataan itu, telah wujud sedikit kesedaran di dalam diriku. kesedaran ini bertambah lagi bila beliau menceritakan pengalaman perit berliau semasa beliau melanjutkan pelajaran di sekolah menengah sehingga beliau berjaya menjadi seorang guru.

"Kamu semua ketawa....bila cikgu mengajar kamu ketawa, bila cikgu marah kamu melawan, bila cikgu bagi nasihat kamu ndak mou dengar.... kamurang mou jadi apa semua!!!!! bagus kamurang (kamu) ndak payah belajar, berhenti sekolah saja..."

"kamu ndak sedar ka.... kamu ni dikelas yang paling tercorot... kelas nombor lapan (progresif) daripada daripada 9 kelas.... kamu ndak sedar... sudahla bodoh, malas pula mou belajar... bikin habis mamak bapak punya duit".

"bukan ada guna kamurang sekolah, bikin habis duit bapak (bapa) dan mamak (ibu) kamurang... kamu ndak pikir ka, susah senang mamak dan bapak kamurang cari duit bagi kamurang belanjar pergi sekolah..."


......dalam hati ku (arghhhhhh!!! mula sudah dia mengomel..... ndak tau bila mou habis)


"kamu ndak pikir ka... ndak kesian tinguk orang tua kamu susah payah jual sigup (rokok daun) di pasar... satu hari bulih dapat berapa haaa!!!!... kamu ndak pikir ka tu... dorang harap kamu jadi manusia tapi kamu pergi sekolah ndak mou belajar betul-betul..."


tidak lama kemudian... pintu kesedaran mula terdetik di lubuk hatiku yang goyah selama ini bila beliau menceritakan keperitan belaiu sepanjang bersekolah dahulu.


"kamurang sekarang senang, pergi sekolah naik bas.... saya dulu pergi sekolah jalan kaki 3 batu (3km) dari rumah.. kasut sekolah saya cuma boleh tahan 1 bulan sebab tapaknya kering....."

"lepas pulang dari sekolah saya jalan kaki terus pergi perpustakaan, masa tu mamak saya ndak mampu mou beli buku sekolah... tapi saya ikhtiar sebab saya mou jadi manusia, mou bagi urang (orang) tua saya senang... saya pergi sekolah ndak ada duit belanja, tapi saya ndak kisah.... saya belajar rajin-rajin...."


.................aku mula terasa yang sejarah hidup kami tidak jauh berbeza......


"cikgu ramin terus menerus menceritakan pengalaman perit beliau sepanjang belajar sehingga berjaya menjadi seorang guru...."

"..... dulu masa sekolah saya suka subjek SEJARAH.. setiap kali exam saya mou skor..... sampai cikgu saya selalu puji saya....cita-cita saya mou jadi cikgu sejarah sebab itu saya beri tumpuan lebih kepada subjek sejarah.
setiap kali peperiksaan saya dapat A sampai saya layak masuk universiti.... urang tua saya gembira, sebab walaupun kami urang susah tapi saya boleh berjaya...."

"kamu sekarang senang.... kamu urang-urang kaya, mamak dengan bapak kamurang banyak duit, banyak tanah boleh di jual....jadi ndak payah susah-susah mou belajar, nanti boleh bantu urang tua menanam padi di tabasan (bendang)......"

"........kamu terus la macam ni... kalau kamu mou jadi manusia ndak guna satu sen pun (tidak guna walaupun satu sen).. nanti kalau kamu sudah tamat sekolah dan ada anak baru kamu tau macam mana peritnya hidup...."

".......saya belajar betul-betul sebab saya mou jadi cikgu... saya mou ajar anak bangsa saya supaya jadi pandai..... tapi ni tidak..... semua ndak mou belajar, buang duit mamak bapak saja kasi (beri) kamu sekolah".



baru aku sedar yang aku sudah jauh menyimpang dari matlamat asal aku belajar di sekolah...... aku telah banyak membazirkan wang hasil titik peluh orang tua aku selama ini.... kenapa aku tidak pandai sedar, aku anak orang miskin bukan orang kaya, aku ada emak tiri... mak tiri yang terlalu kurang ajar bagi aku, mak tiri yang banyak menyiksa aku selama ini.....

aku ndak mau sudah tinggal di sabah.. aku mau lari jauh-jauh.... kalau aku pandai aku boleh pilih belajar di semenanjung... jadi dapatla aku membebaskan diri aku daripada penyiksaan mak tiru aku.... tidak lama selepas itu cikgu Ramin pun menyambung kata-kata beliau.....


"........sudahla... kalau kamurang ndak mou belajar, kamurang duduk diam-diam atau tidur saja.... jangan kacau urang yang mou belajar..... Buka buku SEJARAH kamu.. kita sambung belajar, jangan ikut budak-budak yang ndak mou belajar...."



aku mula terasa...... terasa nak menangis, aku telah lupa pesan nenek ku yang sayangkan aku selama ini... takkan aku sanggup datang jauh-jauh dari Tawau pergi Keningau hanya semata-mata nak jadi orang yang tidak berguna kepada keluarga.... masa itu aku tunduk di meja dan bertafakur sejenak... aku tidak turut serta kawan-kawan aku yang tekun memberi tumpuan kepada pengajaran cikgu Ramin. aku perhatikan ada rakan-rakan aku yang bermain dam, ada pula yang tidur nyenyak.... manakala yang perempuan pula khusyuk mendengar setiap apa yang di sampaikan oleh cikgu Ramin....


balik dari sekolah........

lepas balik dari sekolah.... aku baring dalam bilik aku.... aku renungkan apa yang telah cikgu Ramin katakan semasa di sekolah... dari situ aku bertekat untuk mengubah diri aku... aku telal tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang aku... iaitu untuk mendapatkan A dalam setiap peperiksaan terutama mata pelajaran Sejarah...

Share this article :

0 comments:

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cerita Qamar - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger